A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.
Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee.
When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said: "If you noticed, all the nice looking expensive cups have been taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress."
"Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups... And then you began eyeing each other's cups."
"Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live."
"Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups!"
The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly.
------------------------------------------------------------------
Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.
Setelah lama berbual, timnbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan minuman kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi minuman kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan yang diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada cawan yang kelihatan ringkas sahaja. Ada yang nampak murah. Dan ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.
Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan minuman kopi itu dan menuangkan sendiri ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk, warna dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata, "Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawam yang ringkas dna nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan..."
Beliau kemudian menyambung. "Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan."
"Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum."
"Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah minuman kopi itu. Bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus."
"Sekarang, cuba anda fikirkan, KEHIDUPAN adalah ibarat kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah ibarat cawan. Yang mana ia hanyalah bekas kepada KEHIDUPAN!"
"Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk cawan, kita gagal untuk menikmati minuman kopi itu. Jadi, nikmatilah dan tumpukanlah kepada kopi itu, bukan cawannya!"
"Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memilik yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara."
"Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah... dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna. Jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan."
No comments:
Post a Comment